Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

APM Baling Latih 200 Pelajar MRSM Kemahiran CPR

By 6 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 200 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling menyertai Latihan Asas Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diadakan di Dewan MRSM Baling, di sini semalam.

Program kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran pertolongan cemas sebagai langkah awal menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Zaiton Ishak mewakili Pengetua MRSM Baling, menyampaikan cenderahati kepada APM Baling.

Latihan tersebut diselaras oleh Pengetua MRSM Baling Maznan Maamor selaku ketua penyelaras program.

Bagi pihak APM Daerah Baling, latihan berkenaan diketuai oleh Leftenan Muda (PA) Mohamad Shafiq Umar selaku jurulatih bersama tiga pembantu jurulatih iaitu Pegawai Bersekutu (PA) Nur Najiha Harun, Pegawai Bersekutu (PA) Luqman Afiq Mohd Mokhtar dan Pegawai Bersekutu (PA) Muhammad Nur Nabil Fitri Nashri.

Pelajar didedahkan dengan aspek pertolongan cemas dalam kalangan pelajar serta rawatan asas yang boleh dilakukan sekiranya berada di kawasan berisiko.

Seorang pelajar yang menyertai latihan tersebut, Nurul Ain Zaharah Ali, 15, berkata program berkenaan memberi pengalaman baharu dan pengetahuan berguna kepada para pelajar.

200 pelajar MRSM Baling yang hadir.

“Melalui program ini kami dapat mempelajari teknik CPR yang betul serta memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan. Ilmu ini sangat penting kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa jika digunakan pada waktu yang memerlukan,” katanya.

Peserta turut mempelajari teknik melakukan CPR serta kaedah mengendalikan kes tercekik yang merupakan kemahiran penting bagi membantu menyelamatkan nyawa sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam memberikan bantuan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan CPR.

-RI

Tinggalkan komen anda