Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Bekas Wartawan Jana Pendapatan Lumayan Melalui Ayam Panggang

By 2 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamri Mohamad (Sarawak)

MIRI, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Bekas wartawan Mohd Abdullah Jamin membuktikan persaraan bukan noktah apabila kini menjana pendapatan sehingga RM7,000 sebulan melalui perniagaan ayam panggang di Wireless Walk di sini.

Mohd Abdullah Jamin ketika ditemui memilih untuk meniaga ayam panggang sebagai perkerjaan sampingan selepas persaraannya.

Beliau yang berusia 64 tahun dan bersara pada 2021 memilih menceburi bidang perniagaan bagi terus kekal aktif serta memanfaatkan minat memasak yang telah lama dipupuk.

Bermula secara kecil-kecilan dengan peralatan sederhana dan resipi sendiri, perniagaan itu kini mampu menjana pendapatan harian antara RM500 hingga RM700 selepas ditolak kos operasi.

“Sepanjang bulan Ramadan, jualan ayam panggang mencecah 25 hingga 35 ekor sehari dan kebanyakannya habis terjual sebelum waktu berbuka, termasuk mendapat pelanggan tetap dari Brunei Darussalam,” katanya ketika ditemui Malaysia AKtif, di sini semalam.

“Selepas bersara, saya tidak mahu duduk diam di rumah dan memilih berniaga kerana minat memasak sudah ada sejak dahulu, selain ayam panggang menggunakan resipi sendiri yang mendapat sambutan pelanggan,” katanya.

Kisah perjalanan hidup Mohd Abdullah membuktikan bahawa usia persaraan bukan penghalang untuk terus berusaha, malah dengan semangat dan kesungguhan seseorang mampu membina kehidupan lebih bermakna serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda