Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

IPD Baling Perkasa Melalui Program Oscar Bersama Komuniti

By 7 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Pendekatan High Profile Policing (HPP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus diperkasa bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan serta memperkukuh kerjasama antara PDRM dengan komuniti setempat.

Zamzuri menyampaikan cenderahati kepada wakil Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Baling.

Hadir pada Program Oscar yang merupakan aktiviti pertemuan dan sesi dialog polis bersama rakyat di luar balai, Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Richard Joe mengingatkan rakyat supaya sentiasa peka akan keselamatan diri dan harta benda.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meninggalkan kunci pada motosikal ketika diparkir dan memastikan barangan berharga sentiasa dijaga dengan baik bagi mengelakkan menjadi sasaran penjenayah,” katanya, di sini semalam.

“Segera laporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada polis,” katanya pada program berkenaan, di sini Khamis lepas.

Pada program berkenaan, polis turut memberi penerangan mengenai pelbagai modus operandi penipuan yang sering berlaku ketika ini termasuk penipuan pelaburan, penipuan panggilan telefon atau phone scam, pautan palsu yang dihantar melalui telefon, penipuan pembelian dalam talian serta tawaran pekerjaan tidak wujud.

Orang ramai turut diperkenalkan dengan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai medium bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah secara terus kepada pihak polis.

“Masyarakat juga digalakkan mendaftar sebagai ahli VSP bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan komuniti setempat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda