Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Juh Sungkey Erat Perpaduan Komuniti Kampung Keranji

By 7 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly (Sarawak)

BAU, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Program ‘Juh Sungkey’ Ihya Ramadan yang diadakan di Kampung Keranji, di sini semalam memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Dato Miro Simuh berkata program seperti ini amat bermakna kerana ia memberi ruang kepada masyarakat untuk berkumpul, berinteraksi dan mengeratkan hubungan tanpa mengira latar belakang.

Miro bersama-sama dengan tetamu jemputan di meja utama yang lain menunggu waktu berbuka puasa.

“Program seperti ini bukan sahaja dapat menghidupkan suasana Ramadan, malah menjadi medium untuk mengukuhkan perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkasa nilai kebersamaan serta memupuk keharmonian masyarakat di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Program ‘Juh Sungkey’ Ihya Ramadan itu diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama atau sungkey yang disertai oleh penduduk Kampung Keranji serta para tetamu yang hadir dalam suasana penuh muhibah dan kekeluargaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda