Skip to main content
Berita TempatanLabuan

FPL Teruskan Tradisi Berbagi Rezeki di Bulan Mulia

By 6 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/FPL

LABUAN, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Financial Park Labuan (FPL) Sdn. Bhd meneruskan tradisi mendekati golongan yang memerlukan setiap kali tibanya bulan Ramadan apabila menyantuni 50 pelajar dari golongan asnaf dari Sekolah Kebangsaan Kerupang pada Program Ihya Ramadan, semalam.

Johari semasa menyampaikan ucapan pada Program Ihya Ramadan 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif FPL Johari Mesar, berkata pihaknya sentiasa menjadikan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai amalan tahunan terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

“Mereka menerima duit raya berserta bakul makanan bernilai RM200. Semoga pemberian ini dapat memberi keceriaan kepada mereka sekali gus menunjukkan FPL bukan mencari keuntungan semata-mata tetapi turut mengutamakan sumbangan yang boleh diberi semula kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Yahya (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan FPL kepada pelajar asnaf.

Beliau  berkata FPL akan mempertimbang untuk memperluaskan program itu ke sekolah menengah pada masa hadapan seperti cadangan Jabatan Pendidikan Labuan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yahya Ahmad Puteh berkata pelaksanaan program itu adalah salah satu elemen yang terdapat dalam Rancangan Pendidikan Negara (RPN).

“Hubungan baik antara Jabatan Pendidikan dan pihak swasta adalah salah satu teras dalam RPN bagi memantapkan lagi Pendidikan di Labuan dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FPL yang bekerjasama membantu anak-anak asnaf di sekolah ini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda