Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

JPJ Johor Laksana Operasi Khas Aidilfitri, Tingkat Keselamatan Jalan Raya

By 13 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Facebook JPJ JOHOR

JOHOR BAHRU, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor akan melaksanakan Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

Zulkarnain Yasin bergambar bersama penyampai radio serta kakitangan JohorFM.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata antara fokus utama operasi adalah pemantauan terhadap kesalahan lalu lintas termasuk memandu tanpa lesen yang sah, penggunaan kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi serta kegagalan memakai topi keledar dan tali pinggang keselamatan.

“Melalui operasi khas ini, kita mahu memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan terutama sepanjang musim perayaan,” katanya dalam rancangan Rancangan Tajaan bersama JohorFM, semalam.

Zulkarnain yang menyampaikan hebahan serta maklumat berkaitan keselamatan jalan raya kepada orang awam, turut berharap siaran melalui platform radio itu dapat meningkatkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka terhadap aspek keselamatan ketika pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

-RI

Tinggalkan komen anda