Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Jualan Kraftangan Mingguan Kanowit Rancakkan Ekonomi Tempatan

By 27 Mac 2026Mac 29th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eleannor Bedai Tinggom (Kanowit)

KANOWIT, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jualan Kraftangan Mingguan oleh Sarawak Craft Council Kanowit menghimpunkan seramai 16 pengusaha serta penggiat seni dari Kanowit, Sibu dan Kapit bagi mempamerkan pelbagai hasil kraftangan tempatan.

Pekarangan Pusat Kraftangan Kanowit menjadi lokasi penganjuran sulung Program Jualan Kraftangan Mingguan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 Mac lalu.

Program itu buat julung kalinya dianjurkan di pekarangan Pusat Kraftangan Kanowit bermula kelmarin hingga Ahad ini.

Antara produk yang ditampilkan termasuk anyaman tradisional, ukiran kayu serta manik etnik yang mencerminkan kekayaan warisan budaya Sarawak.

Makanan tradisional seperti ayam pansuh dan kuih penyaram madu kelulut turut dijual bagi menarik kehadiran pengunjung ke program berkenaan.

Ketua Unit Bahagian Pemasaran dan Promosi Esther Indut Luat berkata penganjuran ini menjadi platform kepada usahawan untuk memasarkan produk kepada masyarakat setempat.

Beliau menjelaskan program tersebut bertujuan menjadikan pusat kraftangan sebagai hab promosi utama di daerah Kanowit.

Suzie menjelaskan program seumpama ini mampu menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar kawasan.

“Sokongan kerajaan serta platform digital sangat penting dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan komuniti tempatan melalui sektor kraf,” katanya kepada MalaysiaAktif hari ini.

Pengusaha kraf Suzie Alan berkata program seumpama itu sangat sesuai diadakan semasa musim cuti sekolah bagi menarik kehadiran pelancong dari luar kawasan.

Beliau menjelaskan pengalaman meraih keuntungan sebanyak RM10,000 semasa Pesta Kanowit 2025 menjadi pemangkin semangat untuk terus aktif mempromosikan hasil seni.

“Kejayaan itu mendorong saya untuk terus berusaha mencari rezeki walaupun keadaan kesihatan kurang memuaskan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda