Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Rahmah Ringankan Beban Penduduk Bandar Baharu

By 3 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah yang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin hingga semalam di pekarangan Kedai Pak Din di sini terus mendapat sambutan menggalakkan apabila penduduk setempat mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa, sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Pelbagai barangan keperluan harian boleh di dapati di Program Jualan Rahmah yang berlangsung selama dua.

Seawal 8 pagi, orang ramai mula hadir bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan mereka tidak terlepas menikmati tawaran harga istimewa yang disediakan.

Tinjauan Malaysia Aktif mendapati suasana jualan berlangsung dalam keadaan teratur dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, suri rumah dan golongan belia.

Antara barangan yang menjadi pilihan utama pengunjung ialah beras, minyak masak, gula, tepung dan telur selain pelbagai barangan dapur lain yang menjadi keperluan harian isi rumah.

Yahaya, menyifatkan program Jualan Rahmah amat memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengunjung, Yahaya Ahmad, 41, berkata program berkenaan amat memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

“Harga memang lebih murah daripada pasaran. Kami juga boleh menggunakan MyKad untuk menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini sangat memudahkan dan benar-benar membantu keluarga saya,” katanya.

Beliau turut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan secara berkala supaya lebih ramai penduduk berpeluang menikmati barangan keperluan pada harga mampu milik.

Program Jualan Rahmah dilihat sebagai usaha proaktif dalam membantu rakyat menangani cabaran ekonomi semasa selain memperkukuh jaringan sokongan komuniti melalui inisiatif prihatin yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

-RI

Tinggalkan komen anda