Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanKISMelaka

KIS Tingkat Kesedaran Masyarakat

By 8 Mac 2026Mac 9th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Rimee Ismail

AYER KEROH, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Aktiviti Kempen Internet Selamat (KIS) terus dipergiatkan kepada masyarakat agar kesedaran berkaitan keselamatan Internet dapat dipupuk dan diberi penekanan serius.

Fairul Nizam mengedarkan sebanyak 500 pek cenderamata Kempen Internet Selamat kepada pengunjung bazar.

Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka, Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Bazar Ramadan MITC Ayer Keroh, di sini semalam dan mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata kempen berkenaan merupakan usaha dalam memperluaskan advokasi keselamatan digital kepada masyarakat dengan pendekatan turun padang bertemu pengunjung bazar.

Ia katanya bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya penipuan dalam talian, judi atas talian dan jenayah siber yang semakin meningkat.

Masyarakat harus tahu menggunakan Internet dengan selamat.

“Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 serta menyokong gerak kerja Taskforce Menangani Judi Atas Talian, Internet Fraud dan Jenayah Siber Negeri Melaka bagi memperkukuh benteng keselamatan digital rakyat.

“Semoga usaha advokasi seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa bijak dan selamat di alam siber demi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jenayah dalam talian,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda