Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lorong Coffee Tarikan Baharu Hidupkan Budaya Kopi Sarikei

By 18 Mac 2026Mac 25th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Magdellina Alfred Jeho/Christopher Janting (Sarikei)

SARIKEI, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Kedai kopi tempatan, Lorong Coffee Sarikei kini menjadi antara tarikan baharu di bandar ini dengan menawarkan pengalaman kopi autentik dalam suasana mesra.

Premis yang terletak di Jalan Wharf ini bukan sahaja tempat menikmati kopi malah berfungsi sebagai ruang pertemuan komuniti setempat.

Lorong Coffee mengekalkan tradisi kopi Malaysia dengan sentuhan kontemporari yang berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan pengunjung.

Aroma kopi yang pekat serta segar menjadi tarikan utama kepada pencinta kopi yang mahukan kualiti minuman terbaik.

Reka bentuk kedai ini menggabungkan konsep kopitiam klasik dengan elemen moden melalui penggunaan meja kayu serta pencahayaan yang lembut.

Suasana santai tersebut menjadikannya lokasi sesuai untuk pelanggan berbual bersama rakan atau meluangkan masa bersendirian.

Seorang pengunjung, Collin Kumar, 49, berkata beliau gemar menikmati kopi di premis tersebut kerana rasa yang autentik serta suasana selesa.

Collin Kumar, salah seorang pengunjung yang ditemui sedang menikmati kopi Vietnam, antara salah satu menu air kopi yang terdapat di sini.

“Saya suka datang ke sini kerana kopi yang disajikan ringkas namun penuh rasa selain lokasinya yang strategik di pusat bandar,” katanya kepada MalaysiaAktif hari ini.

Collin menjelaskan suasana mesra di kedai tersebut membuatkan beliau sering meluangkan masa di sana setiap kali berkunjung ke Sarikei.

Lorong Coffee kini menjadi simbol gaya hidup masyarakat setempat yang menghargai budaya kopi serta ruang sosial yang bermakna.

-RJ-

Tinggalkan komen anda