Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pejabat Tanjung Manis Beroperasi di Bangunan Baharu

By 4 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusuf Ahmad/Azri Mee (Sarawak)

TANJUNG MANIS, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Selepas lebih empat dekad beroperasi di Kampung Belawai, Pejabat Daerah Tanjung Manis kini secara rasminya memulakan operasinya di bangunan pentadbiran kerajaan negeri baharu yang lebih ikonik di Bandar Baru Tanjung Manis, di sini.

Pegawai Tadbir Daerah, Siti Nurkayah Jawawi perpindahan itu bertujuan memberikan suasana kerja yang lebih selesa kepada kakitangan serta memudahkan urusan harian penduduk setempat.

Bangunan setinggi 16 tingkat yang dibina dengan kos RM78 juta ini bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu malah melakar sejarah sebagai struktur tertinggi di Bahagian Mukah.

Pegawai Tadbir Daerah, Siti Nurkayah Jawawi berkata perpindahan itu bertujuan memberikan suasana kerja yang lebih selesa kepada kakitangan serta memudahkan urusan harian penduduk setempat.

“Walaupun pejabat ini terletak di Aras 13, orang awam tidak perlu bimbang kerana kemudahan lif yang efisien disediakan untuk keselesaan semua pelanggan,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini semalam.

Penduduk setempat, Lanting Nabung, 60, menyifatkan kehadiran bangunan tersebut sebagai simbol jelas kepada kepesatan pembangunan yang sedang berlaku di kawasan berkenaan.

Bangunan lama Pejabat Daerah Tanjung Manis yang telah terbina sejak dari tahun 1985.

Beliau bagaimanapun menyarankan agar papan tanda penunjuk arah segera dipasang di kawasan strategik bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan di situ.

Perpindahan itu bukan sekadar melibatkan perubahan lokasi, malah mencerminkan transformasi fizikal dan kemajuan infrastruktur yang signifikan di wilayah berkenaan.

Dengan adanya fasiliti yang lebih moden dan kondusif, kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada komuniti setempat dijangka akan terus meningkat ke tahap yang lebih baik.

-FN

Tinggalkan komen anda