Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Peningkatan Kadar SKAS 2026 Ringan Beban Kos Sara Hidup Penduduk Matu

By 16 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhayati Abdul Halim (Matu)

MATU, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Peningkatan kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 ternyata membantu meringankan kos sara hidup.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat khususnya golongan yang memerlukan sentiasa diutamakan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan serta kerajaan akan pastikan keperluan masing-masing terus dibantu.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah berganding bahu bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran SKAS 2026 Peringkat Daerah Matu di Masjid Daerah Matu, kelmarin.

Sebahagian penduduk Daerah Matu yang layak menerima sumbangan SKAS 2026 hadir pada majlis pelancaran bantuan tersebut bagi fasa pertama yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat, semalam.

Penduduk Matu menyifatkan bantuan berkenaan amat membantu lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan selain menyambut baik peningkatan kadar bantuan berbanding tahun lalu.

Sumbangan tersebut disalurkan kepada penduduk tempatan berstatus pemegang kad pengenalan ‘K’ yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dengan penyaluran bantuan melalui aplikasi e-dompet S PAY GLOBAL yang telah bermula pada 10 Mac lalu bagi Fasa 1, manakala pembayaran seterusnya akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak pada Mei dan November depan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda