
Laporan/foto: Matsukarmi Suani/Rizalman Daim (Balingian)
BALINGIAN, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Balingian dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Balingian mengagihkan 250 pek salad buah kepada orang ramai menerusi Program Nutrisi Sejahtera di hadapan Klinik Kesihatan Balingian, di sini semalam.
Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan.
Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Balingian, Farkhan Turkey berkata program berkenaan turut menjadi platform untuk menggalakkan orang ramai memilih hidangan yang lebih sihat ketika berbuka puasa.
“Program Nutrisi Sejahtera ini diadakan bukan sahaja untuk berkongsi rezeki, malah mempromosikan gaya hidup sihat serta amalan pemakanan seimbang dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada program tersebut semalam.
“Pemilihan makanan berkhasiat ketika berbuka puasa amat penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa terjaga sepanjang bulan Ramadan,” katanya.
Penghulu Pekan Balingian, Harbi Baker menyempurnakan agihan pek salad buah kepada orang ramai pada program tersebut.
Turut hadir Pengerusi KRT Pekan Balingian, Jamil Paee, Ketua Kaum Kampung Masjid, Jahui Mohidin serta kakitangan Klinik Kesihatan Balingian.
-RJ-





