Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Raja Muda Selangor Berkenan Sampaikan Sumbangan Aidilfitri RM 311,500 kepada 623 Asnaf

By 13 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Istana Selangor (Sabak Bernam)

SABAK BERNAM, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat bagi menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM311,500 kepada 623 golongan asnaf di daerah ini, semalam.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh keberkatan sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat daerah Sabak Bernam bertempat di Masjid Marzukiah, Lubuk Pusing, semalam.

Tengku Amir Shah berkenan menerima serahan wakaf korporat berjumlah RM200,000 daripada Sipro Plastik Sdn. Bhd.

Dalam majlis tersebut, setiap asnaf menerima sebanyak RM 500.00 yang terdiri daripada 223 orang fakir, 341 orang miskin dan 59 muallaf.

Tengku Amir Shah turut berkenan menerima serahan wakaf korporat berjumlah RM480,000 daripada daripada Sipro Plastik Sdn Bhd bernilai (RM200,000), Tenaga Nasional Berhad (RM100,000), Ameraya Property Sdn Bhd (RM100,000) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (RM50,000), dan KDEB Waste Management (RM30,000).

Pegawai Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin, dalam ucapannya menceritakan mengenai nilai sejarah Masjid Marzukiah yang telah terbina sejak tahun 1914 yang menjadi simbol pengorbanan dan nadi kekuatan masyarakat setempat.

Tengku Amir Shah menyantuni pelajar yang hadir solat berjemaah di Masjid Marzukiah, Lubuk Pusing.

“Patik berharap agar pada masa akan datang, masjid ini terus berkembang sebagai institusi yang memperkukuhkan jalinan ukhuwah dan menyatukan hati-hati yang beriman di Kampung Lubuk Pusing,” ujar beliau.

Tengku Amir Shah turut berbuka puasa bersama rakyat, menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak, serta menunaikan Solat Sunat Tarawih bersama Jemaah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah, Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Dr. Opir Anhar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

-FN

Tinggalkan komen anda