Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ramadan Madrasah Tarbiah Mendidik Jiwa

By 3 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga tetapi merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa agar lebih berdisiplin, berintegriti dan bertanggungjawab terutamanya dalam konteks pentadbiran dan perkhidmatan..

Sebahagian kakitangan PDT Baling yang hadir.

Beliau berkata Kembara Ramadan MADANI merupakan inisiatif tahunan YADIM dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan, di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi dan komuniti setempat berkata penjawat awam perlu menjadikan prinsip-prinsip ini sebagai asas dalam pentadbiran agar setiap tindakan yang diambil sentiasa berlandaskan keadilan dan ketelusan.

“Penghayatan al-Quran dalam konteks pentadbiran pula mampu melahirkan penjawat awam yang lebih beretika, telus dan berdaya saing, sekali gus memastikan perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaian ucapan alu-aluan di program Ceramah Tausiyah Ramadan 1447H/2026 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Baling, semalam.

Program kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Baling dan Pejabat Agama Daerah Baling itu bertujuan menyemarakkan penghayatan nilai Islam, memperkukuh integriti dan budaya kerja cemerlang, mempertingkatkan pengisian rohani selain membentuk peribadi penjawat awam di daerah ini yang seimbang.

Penolong Pegawai Agama Daerah Baling Ustaz Mohd Firdaus Othman ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Sinergi Al-Quran dalam Kehidupan berkata peranan kitab suci itu sebagai panduan menyeluruh merangkumi aspek ibadah, kepimpinan, pengurusan, pembentukan akhlak serta hubungan sosial.

Katanya, sinergi al-Quran dalam kehidupan bermaksud mengintegrasikan nilai amanah, kejujuran, kesederhanaan, ihsan dan tanggungjawab dalam setiap tindakan serta keputusan yang dibuat, khususnya dalam urusan pentadbiran.

“Penjawat awam perlu menjadikan prinsip-prinsip ini sebagai asas dalam pentadbiran agar setiap tindakan yang diambil sentiasa berlandaskan keadilan dan ketelusan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda