Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ramadan Night Run 2026 Semarakkan Syiar Ramadan Di Sri Aman

By 19 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datuk Hilir dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Datu menganjurkan program Ramadan Night Run 2026 semalam.

Program yang berjaya menarik penyertaan kira-kira 130 penduduk pelbagai lapisan umur itu bertujuan menekankan keseimbangan antara kesihatan fizikal dan rohani sepanjang bulan puasa.

Langkah tersebut juga bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa aktiviti fizikal perlu dikurangkan semasa menjalani ibadah puasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata inisiatif tersebut menghidupkan suasana malam menjelang sambutan Aidilfitri.

Dayang Noorazah melakukan pelepasan peserta Ramadan Night Run 2026 yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan umur di sekitar Kampung Datuk Hilir.

Beliau menjelaskan program itu menjadi platform interaksi santai yang mampu mengukuhkan perpaduan antara generasi muda dan warga emas.

“Pendekatan ini memperlihatkan bahawa Ramadan boleh diisi dengan aktiviti sihat yang mengeratkan hubungan kemasyarakatan tanpa menjejaskan penghayatan ibadah,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

Dayang Noorazah menegaskan kekuatan perpaduan komuniti melalui aktiviti sihat seperti itu perlu terus diperkasakan pada masa hadapan.

Pengerusi KRT Kampung Datuk Hilir Abang Ajibi Abang Morshidi pula berkata penganjuran ini mencerminkan sinergi kukuh antara agensi akar umbi dan penduduk.

Abang Ajibi menambah aktiviti inklusif seumpama itu penting dalam memastikan keharmonian komuniti di kawasan tersebut terus terpelihara.

-RJ-

Tinggalkan komen anda