Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tiga Ditahan, 12 Saman Dikeluarkan Dalam Op Bersepadu Mukah

By 19 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/IPD Mukah (Mukah)

MUKAH, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Tiga lelaki warga tempatan ditahan manakala 12 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, semalam.

Operasi bermula dari pukul 6 pagi hingga 5 petang itu melibatkan 19 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai cawangan dengan tumpuan di laluan utama seperti Jalan Mukah-Selangau, Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu, serta kawasan bandar dan perumahan strategik termasuk Pekan Selangau.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata operasi itu merupakan langkah berterusan bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

(SJR) turut dilaksanakan bagi memastikan undang-undang dan keselamatan jalan raya sentiasa diutamakan oleh pengguna jalan raya.

“Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dijalankan bagi memantau pergerakan kenderaan, selain pemeriksaan mengejut dan serbuan di lokasi berisiko tinggi termasuk kawasan yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Hasil serbuan, dua lelaki berumur 43 dan 45 tahun ditahan di sebuah rumah tepi Jalan Mukah-Selangau manakala seorang lelaki berumur 19 tahun ditahan di kebun kelapa sawit Sungai Sepiring, Selangau kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sepanjang operasi, polis memeriksa 90 individu dan 85 kenderaan, selain mengeluarkan 12 saman atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berbahaya serta cukai jalan tamat tempoh.

Muhamad Rizal menegaskan kerjasama orang ramai amat penting dalam membanteras jenayah melalui penyaluran maklumat segera kepada pihak polis.

Operasi seumpama itu katanya akan diteruskan secara berkala untuk memastikan keselamatan laluan utama dan kawasan luar bandar sentiasa terjamin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda