Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

20,000 Pengunjung Hadir Majlis Penutupan Karnival Jom Masuk U Zon Tengah II

By 27 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Muallim)/UPSI

TANJONG MALIM, 27 April (MalaysiaAktif) – Lebih 20,000 pengunjung hadir ke Majlis Penutupan Karnival Jom Masuk U (JMU) Zon Tengah II bertempat di Dewan Tuanku Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di sini semalam.

Karnival selama dua hari bermula kelmarin itu menjadi penutup jelajah JMU 2026 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebanyak 74 reruai terdiri daripada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta agensi berkaitan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Naib Cancelor UPSI Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff berpendapat peranan universiti sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan komuniti.

“Fungsi sebenar sesebuah universiti ialah bagi membantu komuniti dan menjadi katalis kepada perubahan masyarakat,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Majlis penutup disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Datuk Khairudin Abu Hanipah.

-AA-

Tinggalkan komen anda