Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Agro Fun Run 5KM Tarik 350 Peserta Limbang

By 26 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

LIMBANG, 26 April (MalaysiaAktif) – Seramai 350 peserta menyertai Agro Fun Run sejauh lima kilometer yang berlangsung di Lot 777 Bandar Limbang pada hari ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata program berkenaan merupakan antara usaha memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat melalui aktiviti sukan.

“Program berbentuk santai ini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan seawal pagi ini.

“Penganjuran aktiviti seperti ini bukan sahaja bertujuan memperkasa gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkukuh hubungan kekeluargaan, perpaduan dan semangat muhibah,” katanya ketika menyempurnakan pelepasan larian tersebut.

Program anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Limbang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang itu turut dihadiri Pegawai Pertanian Bahagian Limbang, Amirul Fikri serta Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Raynnille Elsther Peter.

-RJ-

Tinggalkan komen anda