Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Sejahtera MADANI Perkasa Ekonomi Peserta eKasih di Kota Tinggi

By 26 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Nasharuddin Mohd Shah (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 26 April (MalaysiaAktif) – Seramai 10 peserta eKasih di daerah ini menerima bantuan peralatan ekonomi di bawah inisiatif peningkatan pendapatan menerusi Program Sejahtera MADANI sempena Program Outreach Inisiatif Sejahtera MADANI Negeri Johor Tahun 2026, semalam.

Mohd Khaled meninjau pameran sekitar Program Outreach Negeri Johor 2026

Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Dr. Mohd Khaled Abdul Samad berkata program anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Johor itu bertujuan memperluas hebahan serta menyediakan akses kepada pendidikan, peluang kerjaya dan peningkatan pendapatan khususnya kepada peserta eKasih dan masyarakat setempat.

“Kerajaan komited memastikan kemiskinan tidak diwarisi antara generasi, sebaliknya memberi penekanan kepada pewarisan ilmu dan pendidikan bagi meningkatkan kualiti hidup.

“Kita juga menetapkan sasaran untuk mencapai sifar kemiskinan di negeri Johor menjelang 31 Julai 2026,” katanya.

Mohd Khaled berkata golongan muda dalam kalangan peserta eKasih turut diberi perhatian agar tidak tercicir daripada peluang melanjutkan pelajaran, meningkatkan kemahiran serta memperoleh pekerjaan yang stabil.

Reruai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

Tambahnya, usaha itu bukan sahaja membantu mereka memperbaiki kehidupan sendiri, malah berpotensi mengubah nasib keluarga serta meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik.

Menurut data sehingga 7 April 2025, seramai 1,616 Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin direkodkan di daerah ini, dengan 880 daripadanya telah berjaya keluar daripada status kemiskinan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pembangunan Johor Datin Norashikin Noordin, Pengarah PERKESO Negeri Johor Tong Sing Chuang serta Regional Deposit Manager Southern Region Bank Muamalat Azizul Joy Aziz.

-AA-

Tinggalkan komen anda