
Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)/AADK Daerah Sri Aman
SRI AMAN, 18 April (MalaysiaAktif) — Keghairahan seorang bapa untuk memuaskan ketagihan dadah membawa padah apabila tindakannya yang tidak bertanggungjawab mengheret anak remajanya berusia 16 tahun untuk membeli bahan terlarang itu terbongkar dalam satu operasi khas dari Selasa lalu hingga kelmarin.
“Serbuan dilakukan di beberapa lokasi termasuk Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Tengah, Kampung Sabu, Kampung Entulang Bungkang, Jalan Paderi, Jalan Sembauh, Tanjung Bijat, Bakong, Gran, Stumbin, Abok, Selepong, Kampung San Raba, Batu Lintang, Engkilili serta Lubok Antu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Izuan berkata hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 20 individu positif dadah jenis methamphetamine, tiga (mytragynine atau ketum), manakala masing-masing seorang positif ketamine dan Ganja.
“Kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.
-FN





