Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bekalan Makanan di Ampang Stabil, Tiada Kenaikan Harga Mendadak

By 16 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salehuddin Klewan/Syafiq Saleh

AMPANG, 16 April (MalaysiaAktif) – Bekalan makanan dan keperluan asas di sini masih mencukupi tanpa sebarang gangguan.

Tinjauan Malaysia Aktif di beberapa premis pasar raya mendapati barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan telur masih mudah diperoleh, dengan rak jualan dipenuhi stok seperti biasa tanpa tanda-tanda pembelian panik dalam kalangan pengguna.

Pekerja swasta, Khairul Shafuan, 50, berkata beliau juga tidak melihat sebarang perubahan ketara dari segi harga atau bekalan ketika melakukan pembelian mingguan.

“Saya datang beli barang dapur seperti biasa, setakat ini harga masih lebih kurang sama dan barang pun mudah dapat. Belum nampak lagi kesan kenaikan diesel,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Seorang lagi pengguna, Banu Sinasamy, 47, turut berkongsi pandangan serupa apabila menyatakan situasi semasa masih terkawal.

“Memang ada dengar harga diesel naik, tapi bila datang pasar raya, harga barang masih stabil. Harap keadaan ini berterusan dan tidak membebankan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga turut memaklumkan bekalan setakat ini berjalan lancar tanpa gangguan besar selain menjelaskan bahawa sebarang pelarasan harga, sekiranya berlaku, lazimnya mengambil masa dan bergantung kepada faktor kos keseluruhan, bukan semata-mata harga bahan api.

-AA-

Tinggalkan komen anda