Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Johor: Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Beberapa Daerah Minggu Hadapan

By 15 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU, 15 April (MalaysiaAktif) – Gangguan bekalan air berjadual akan dilaksanakan di beberapa kawasan melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian.

Menurut kenyataan Ranhill SAJ, gangguan selama 23 jam tersebut dijadualkan bermula pada 9 pagi, 21 April hingga 8 pagi, 22 April 2026.

“Gangguan berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Johor yang dilaksanakan secara berkala mengikut jadual ditetapkan.

“Penyelenggaraan berkenaan merupakan inisiatif penting bagi memastikan pematuhan kepada piawaian industri air negara selain meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih terawat kepada pengguna di negeri ini,” menurut satu kenyataan menerusi laman Facebook syarikat tersebut, semalam.

Pengguna dinasihat mendapatkan maklumat senarai penuh lokasi yang terlibat gangguan bekalan air tersebut di laman rasmi Facebook Ranhill SAJ.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan menerusi talian 1-800-88-7474, emel di [email protected] atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip ATRanhilISAJ Aduan dan dihantar ke 63001.

-RI

Tinggalkan komen anda