Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Hasil Laut Nelayan Jadi Rezeki Pemborong Ikan di Pengkalan Mek Mah

By 8 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail (Tumpat)

TUMPAT, 8 April (MalaysiaAktif) – 20 buah bot nelayan yang berlabuh di Pengkalan Mek Mah, Kelaboran, di sini menjadi sumber rezeki utama pemborong ikan yang membeli pelbagai hasil laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam nipah.

Bot nelayan yang tiba di Pengkalan Mek Mah, untuk menjual hasil tangkapan laut.

Salah seorang pemborong tetap di pengkalan berkenaan Nor Yusoff, 72, berkata semua hasil tangkapan nelayan akan dibawa pulang dan didaratkan di Pengkalan Mek Mah sebelum dijual kepada pemborong dan penduduk sekitar.

Katanya, hasil tangkapan sekitar 20 hingga 30 kilogram bagi setiap bot akan dijual terus kepada pemborong dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran awam.

“Sebagai contoh, harga sotong sekitar RM20 sekilogram di pengkalan, sebelum diagihkan dengan harga yang lebih tinggi ke pasar-pasar,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Hasil tangkapan yang dibawa ke Pengkalan Mek Mah, Kelaboran.

Menurutnya lagi, nelayan biasanya turun ke laut pada awal pagi dan berada di tengah laut selama dua malam sebelum kembali ke pengkalan untuk menjual hasil tangkapan.

“Kaedah menangkap ikan sama ada menggunakan pukat atau pancing bergantung kepada keadaan laut.

“Jika laut tenang dan tidak berombak, penggunaan pukat lebih sesuai, namun ketika bulan terang, hasil tangkapan biasanya berkurangan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda