Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Inisiatif Baharu Perkasa Kemudahan SMK Selandar

By 11 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Faris Suhaimi (Jasin)

JASIN, 11 April (MalaysiaAktif) – Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) dan gelanggang serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar, di sini bakal memberi manfaat besar kepada pelajar serta komuniti setempat.

Majlis pecah tanah pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung dan gelanggang serbaguna di Sekolah Menengah Selandar

Menurut Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Khalil, projek tersebut dilaksanakan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan menjadi bukti komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang berkualiti.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Rolling Plan 1 serta di bawah Program CAKNA MADANI yang merangkumi projek Quick Win Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perlu disiapkan dalam tahun semasa.

“Tempoh pelaksanaan selama 28 minggu itu dijangka siap pada 12 Okt ini dan semua pihak termasuk kontraktor serta JKR Negeri Melaka dan JKR Daerah Jasin perlu memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi dan tahap kualiti yang ditetapkan,” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah, semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda