Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Interaksi Sosial Perkukuh Kesejahteraan Warga Emas

By 12 April 2026April 15th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Moses Stephen (Kuching)/PAWE Puncak Borneo

KUCHING, 12 April (MalaysiaAktif) – Kepentingan interaksi sosial warga emas terus diberi perhatian melalui penganjuran Majlis Tautan Kasih oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Puncak Borneo yang menghimpunkan hampir 300 peserta, di sini semalam.

Program tersebut menjadi platform kepada golongan berkenaan untuk bersosial serta menjalani aktiviti hiburan dalam suasana mesra komuniti.

Willie dalam ucapannya menegaskan interaksi sosial memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan minda dan emosi.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berkata interaksi sosial memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan minda dan emosi.

“Berinteraksi dan bersosial sangat penting untuk mengekalkan kesihatan minda yang baik, maka itu pada malam ini anda harus berhibur, bergembira dan menghargai diri sendiri kerana anda telah melakukan yang terbaik seumur hidup anda,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Willie turut menggalakkan warga emas untuk kekal aktif dari segi fizikal dan sosial bagi memastikan kesejahteraan emosi sentiasa terpelihara.

“Penjagaan kesihatan fizikal, emosi dan minda adalah sangat penting dan oleh itu digalakkan anda kekal aktif contohnya bersenam atau berkebun,” katanya.

Willie dalam majlis sama turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada PAWE Puncak Borneo bagi menyokong pelaksanaan program bermanfaat kepada golongan itu.

-RJ-

Tinggalkan komen anda