Skip to main content
Berita TempatanSarawak

IPD Sri Aman Anjur Upacara Sembahyang Sempena Peringatan Hari Polis Ke-219

By 22 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 22 April (MalaysiaAktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menganjurkan upacara sembahyang khas di Gereja Katolik Our Lady of Queen, Simanggang, di sini semalam sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-219.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Supt. Dennis Bunyam berkata program kerohanian anjuran Kelab Penganut Agama Kristian (KPAK) IPD Sri Aman itu berperanan menyemai nilai keimanan, kesejahteraan dan integriti anggota.

“Program seumpama ini juga mampu memperkukuh jati diri serta menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya penganut agama Kristian di IPD Sri Aman dan Batalion 23 Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya, di sini semalam.

Beliau dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada pihak gereja atas kesediaan menyediakan kemudahan menjayakan upacara sembahyang itu yang diketuai oleh Rev Father Jerome Juleng.

Dalam majlis sama, Dennis bersama Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman, Supt Frediel Nyambong turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pihak gereja sebagai tanda penghargaan serta sokongan berterusan terhadap komuniti setempat.

-FN

Tinggalkan komen anda