Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jambatan Besi Baharu: Penduduk Kampung Chatel Damai Tarik Nafas Lega

By 2 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Aula Nik Soh/Mohd Radzi Yusof (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 2 Apr (MalaysiaAktif) – Penduduk Kampung Chatel Damai kini boleh menarik nafas lega apabila sebuah jambatan besi baharu sepanjang kira-kira 36 meter akhirnya siap sepenuhnya di bawah inisiatif Kerajaan MADANI.

Keindahan sungai di Kampung Chatel Damai, Kuala Krai.

Jambatan itu dibina bagi menggantikan titi gantung lama yang uzur dan berisiko tinggi kepada keselamatan pengguna, khususnya ketika musim hujan.

Projek yang siap dalam tempoh enam minggu itu mampu menampung kenderaan ringan sehingga lima tan, sekali gus memudahkan urusan harian penduduk ke sekolah, klinik dan pekan berhampiran.

Kemudahan baharu itu juga membantu meningkatkan aktiviti ekonomi setempat, termasuk pengangkutan hasil pertanian.

Wan Syukri bersyukur jambatan besi Kampung Chatel Damai berjaya disiapkan.

Penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 58, meluahkan rasa syukur jambatan besi itu berjaya disiapkan.

“Alhamdulillah, lega sangat. Dulu guna titi gantung, bila hujan memang bahaya. Sekarang kereta pun boleh lalu, senang nak pergi pekan,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Menurut Zali Ibrahim, 63, jambatan tersebut memberi manfaat dari segi ekonomi apabila penduduk kini boleh mengangkut hasil kebun menggunakan motosikal atau kereta berbanding sebelum ini yang memaksa mereka untuk memikulnya.

Seorang lagi penduduk, Mak Cik Salmah, 60, berharap lebih banyak pembangunan dilaksanakan di kawasan tersebut.

Pembinaan jambatan ini dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah perhubungan yang dihadapi lebih 30 tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan inklusif dan memberi manfaat kepada rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda