Skip to main content
Berita TempatanLabuan

JIM Labuan Gempur Dua Penempatan, Tahan Enam Warga Asing

By 30 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JIM Labuan

LABUAN, 30 April (MalaysiaAktif) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan telah menggempur dua penempatan yang didiami oleh warga asing di sekitar pulau itu dalam satu operasi penguatkuasaan semalam.

Menurut Pengarah JIM Labuan, Mohd Redzuan Nawi, seramai 41 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan warganegara tempatan telah diperiksa dalam operasi itu.

“Hasil pemeriksaan, seramai enam orang warganegara asing terdiri daripada empat wanita dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Filipina telah ditahan.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan serta Depot Imigresen Labuan untuk tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) termasuk terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin.

-AA-

Tinggalkan komen anda