Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kerajaan Nilai Keperluan Kesihatan Sarawak Melalui Jelajah Borneo Siri Kedua

By 30 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhayati Abdul Halim (Matu)

MATU, 30 April (MalaysiaAktif) – Jelajah Kesihatan Borneo Negeri Sarawak Siri Kedua membolehkan kerajaan melakukan penilaian berterusan terhadap keperluan fasiliti kesihatan secara langsung di negeri berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hanifah Hajar Taib berkata jelajah itu juga seterusnya membantu pihaknya merangka langka penambahbaikan yang lebih bersasar, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Lawatan ke Klinik Kesihatan Kuala Igan penting bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang keperluan sebenar di lapangan.

“Lawatan ini bertujuan melihat sendiri keadaan fasiliti dan memahami keperluan sebenar masyarakat supaya penambahbaikan yang dirancang lebih tepat dan berkesan,” katanya di sini semalam.

Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada jelajah berkenaan yang memfokus kepada penilaian fasiliti kesihatan secara langsung, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran geografi.

Hanifah telah mendapat taklimat daripada Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Kuala Igan Dr Siti Nur Aqilah Mohd Azry yang turut membangkitkan beberapa isu termasuk keperluan menaik taraf kelengkapan dan infrastruktur premis berkenaan.

Klinik Kesihatan Kuala Igan yang telah beroperasi selama 49 tahun terus berperanan sebagai nadi utama perkhidmatan kesihatan bagi penduduk sekitar Igan dan Kuala Igan, termasuk sebagai pusat rujukan rawatan kecemasan dan penjagaan asas.

-FN

Tinggalkan komen anda