Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kerajaan Komited Perkasa FELDA, Komited Tingkat Kesejahteraan Peneroka

By 6 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 6 April (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkasa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai pemacu utama pembangunan luar bandar.

Beliau berkata pelbagai inisiatif melibatkan pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan belia, sukan serta keagamaan dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh komuniti peneroka.

Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

“Kerajaan juga memikul tanggungjawab besar dalam menangani beban hutang lama FELDA dengan pembayaran mencecah RM1 bilion, di samping memperkukuh tadbir urus dan pengurusan organisasi,” katanya ketika menghadiri Program Perdana Menteri Bersama Warga Peneroka Felda di Felda Semenchu, di sini semalam.

Menurut beliau, usaha menambah baik kemudahan asas turut diberi keutamaan termasuk cadangan penyediaan pusat dialisis bagi memudahkan akses rawatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf serta mengumumkan peruntukan khas RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan asas warga FELDA.

Mengulas perkembangan semasa krisis tenaga global, Anwar berkata Malaysia masih mampu mengekalkan harga RON95 antara yang terendah di dunia walaupun berdepan tekanan kos global dengan kerajaan menanggung hampir RM6 bilion sebulan bagi subsidi dan bantuan kepada rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda