Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

KKM Lulus RM3.42 Juta Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Batu Pahat

By 18 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

BATU PAHAT, 18 April (MalaysiaAktif) – Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan khas berjumlah RM3.421 juta bagi kerja-kerja naik taraf fizikal serta perolehan aset perubatan di beberapa fasiliti kesihatan sekitar daerah ini.

Antara cadangan perolehan peralatan seperti mesin ultrasound serta penggantian kerusi pergigian yang telah berusia

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peruntukan tersebut merangkumi RM1.286 juta untuk Klinik Kesihatan (KK) Parit Yaani, RM950,000 (KK Seri Gading), RM685,000 (KK Tongkang Pechah) serta RM500,000 (KK Parit Raja).

Menurut beliau, peruntukan itu turut melibatkan pembinaan blok baharu klinik pergigian di KK Parit Yaani dan KK Seri Gading, selain pembesaran ruang klinik pergigian bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

“Peruntukan ini juga akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sedia ada termasuk perolehan peralatan seperti mesin ultrasound serta penggantian kerusi pergigian yang telah berusia sehingga 39 tahun dan perlu ditukar segera,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook selepas mengadakan lawatan kerja ke Batu Pahat, semalam.

KKM komited memastikan warga kerjanya dapat menjalankan tugas dalam keadaan persekitaran yang, selesa, selamat dan kondusif

Mengulas lanjut, Dzulkefly menegaskan Kerajaan MADANI kekal komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“KKM komited menyediakan perkhidmatan kesihatan yang adil dan terbaik kepada rakyat, khususnya penduduk di Batu Pahat.

“Kita juga mahu memastikan warga kerja dapat menjalankan tugas dalam keadaan selesa, manakala pesakit menerima rawatan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Ling Tian Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

-AA-

Tinggalkan komen anda