Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kota Bharu Berbahang, Permintaan Kipas dan Pendingin Hawa Meningkat

By 22 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Meriam/Yuslina Ibrahim (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 22 April (MalaysiaAktif) – Cuaca panas yang melanda Kota Bharu sejak kebelakangan ini membawa kepada peningkatan ketara permintaan terhadap peralatan penyejuk seperti kipas dan pendingin hawa.

Antara kipas-kipas angin yang dijual di King Electronic

Tinjauan Malaysia Aktif di sekitar bandar ini semalam, mendapati kebanyakan premis jualan barangan elektrik menerima lonjakan pelanggan, khususnya bagi pembelian kipas elektrik dan pendingin hawa untuk kegunaan kediaman .

Pengurus Kedai Barangan Elektrik King Electronic, King Bee Chin berkata peningkatan jualan dapat dilihat dengan jelas berbanding bulan sebelumnya, terutamanya bagi kipas angin yang menjadi pilihan utama pengguna.

“Permintaan meningkat sejak cuaca panas ini, namun jualan kipas jauh lebih tinggi kerana harganya lebih murah dan lebih jimat penggunaan tenaga,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Pendingin hawa yang dijual di KEMUDI Timur

Sementara itu, Pengurus Cawangan KEMUDI Timur Elektronik, Farhimudin Adli berkata pihaknya turut merekodkan peningkatan permintaan bagi kedua-dua jenis peralatan penyejuk tersebut.

Menurut beliau, pelbagai promosi khas ditawarkan khusus bagi pendingin hawa bagi membantu pelanggan mendapatkan produk pada harga lebih berpatutan.

Cuaca panas ini bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup harian, malah turut mengubah corak perbelanjaan isi rumah, menjadikan peralatan penyejuk sebagai keperluan penting dalam menghadapi keadaan cuaca yang mencabar ketika ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda