Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bahasa Ketiga Tingkat Kebolehpasaran Pekerja Pelancongan

By 9 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaila Batun (Tuaran)

TUARAN, 9 April (MalaysiaAktif) – Penguasaan bahasa ketiga akan membantu meningkatkan kebolehpasaran penguasa terutama dalam sektor pelancongan dan perhotelan.

Angela ketika memberikan penerangan kepada peserta kursus Bahasa Mandarin Percuma 2026 di Kiulu Valley Hub, Kampung Mantob, Tuaran.

Tenaga pengajar bahasa Mandarin Angela De Silva berkata industri perhotelan kini memerlukan pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa bagi memenuhi permintaan pelancong antarabangsa.

“Penguasaan bahasa Mandarin mampu memberi nilai tambah kepada peserta dalam kerjaya di samping menyokong pertumbuhan industri pelancongan tempatan,” katanya kepada MalaysiaAktif, di sini semalam.

Kursus Bahasa Mandarin Percuma 2026 anjuran Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah itu dilaksanakan dengan kerjasama AMC University College Kota Kinabalu melibatkan sesi pembelajaran bersemuka selama 84 jam dan terbuka kepada rakyat Sabah berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Windah (tengah) ketika menjawab soalan yang dikemukakan dalam kelas, menunjukkan penglibatan aktif peserta sepanjang sesi berlangsung.

Seorang peserta Windah Limbai, 20, berpandangan penguasaan bahasa asing membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam organisasi antarabangsa di negeri ini.

“Program seperti ini mencerahkan lagi peluang anak tempatan untuk mendapat pekerjaan dalam syarikat antarabangsa yang semakin banyak di Sabah,” katanya.

Seorang lagi peserta Losupin Ginsu, 57, berkata kursus tersebut membantu meningkatkan keupayaannya untuk berkomunikasi dengan pelanggan dalam urusan perniagaan harian.

-RJ-

Tinggalkan komen anda