Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Persidangan DUN Perak Bermula Selasa Depan

By 9 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Imanina/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 9 April(MalaysiaAktif) – Persidangan Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas akan bermula Selasa depan.

Yang Di-Pertua Dewan Negeri Dato’ Seri Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijadual berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat berkenaan.

“Persidangan dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 14 hingga 21 April ini. Antara fokus utama adalah penzahiran Titah Diraja serta sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih yang akan melibatkan seramai 45 Ahli Dewan Negeri (ADUN).

“Selain sesi soalan lisan, Dewan juga akan membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022.,” katanya ketika sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata dewan juga akan mengusulkan penubuhan empat Jawatankuasa Pilihan Khas yang menyentuh isu kritikal seperti masyarakat menua, kemiskinan bandar, bandar pintar, dan sekuriti makanan.

-FN

Tinggalkan komen anda