Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kursus Transformasi Kepimpinan Platform Cungkil Potensi Pelajar

By 24 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Erzufariza Z (Rompin)/Kolej Komuniti Rompin

ROMPIN, 24 April (MalaysiaAktif) – Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua, Penolong Ketua Kelas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bukan sekadar program biasa sebaliknya menjadi platform penting mencungkil potensi terpendam dalam diri setiap peserta serta membentuk jati diri dan memperkukuh kemahiran kepimpinan.

Pembantu Pensyarah Mohammad Azrinsha Abdul Wahab berkata program seumpama itu memberi ruang kepada pelajar untuk berkembang bukan sahaja dari sudut akademik malah sahsiah diri.

Sekumpulan pelajar teruja menyertai aktiviti yang disediakan.

“Kita mahu mereka bukan sekadar memegang jawatan, tetapi benar-benar memahami peranan sebagai pemimpin yang mampu mempengaruhi rakan secara positif.

“Kepimpinan itu bermula dengan mengenali diri sendiri dan mengurus emosi dengan baik,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif pada program tersebut, di sini kelmarin.

Beliau yang juga merupakan penceramah program turut berkata, perubahan kecil yang ditunjukkan peserta sepanjang kursus jelas menggambarkan potensi besar yang dimiliki generasi muda hari ini.

“Pada awalnya ada yang malu dan kurang yakin, tetapi menjelang akhir program, mereka mula berani bersuara, bekerjasama dan menunjukkan sikap saling menghormati. Itu satu perkembangan yang sangat membanggakan,” ujarnya.

Kursus yang berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga tengah hari di Dewan Seri Puteri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rompin  disertai seramai 48 pelajar sekolah tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda