Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lemang Corner Ori Taman Dato’ Harun Jadi Buruan

By 2 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hikal Aripin/Saza (Petaling)

PETALING JAYA, 2 Apr (MalaysiaAktif) – Juadah tradisional lemang terus menjadi buruan orang ramai sebagai hidangan wajib di bulan Syawal.

Lemang dijual bersama rendang ayam dan daging.

Lemang Corner Ori di Taman Dato’ Harun menjadi antara lokasi tumpuan utama penduduk setempat dan luar kawasan berikutan keistimewaannya yang masih mengekalkan resipi asli turun-temurun.

Pengusahanya, Zamri Yusof berkata bagi memenuhi permintaan tinggi pada musim perayaan tahun ini, pihaknya menyediakan kira-kira 300 batang lemang sehari untuk jualan sepanjang bulan Syawal.

“Kami mementingkan kualiti dan rasa yang konsisten. Penggunaan santan yang banyak adalah rahsia utama bagi memastikan setiap batang lemang mempunyai rasa berlemak yang disukai pelanggan,” katanya ketika ditemui di premisnya, di sini hari ini.

Pekerja Lemang Corner Ori sedang menyiapkan lemang yang hendak dibakar.

Menurut Zamri, jumlah pengeluaran dijangka meningkat sehingga 500 batang sehari sekiranya terdapat tempahan khusus untuk majlis rumah terbuka.

Meskipun zaman berubah, permintaan terhadap makanan tradisi ini membuktikan bahawa juadah lemang pada hari raya tetap utuh dalam kalangan masyarakat Melayu.

-RI

Tinggalkan komen anda