Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pelaburan RM700 Juta Automotif Pacu Ekonomi Iskandar Puteri

By 8 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

ISKANDAR PUTERI, 8 April (MalaysiaAktif) – Lawatan kerja kerajaan negeri Johor ke Shanghai diketuai Menteri Besar Johor pada 3 April lepas berjaya menarik pelaburan hampir RM700 juta dalam sektor automotif di Iskandar Puteri dan Kota Iskandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad berkata pelaburan tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda dan penduduk tempatan, sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat, khususnya di Kota Iskandar.

“Pelaburan ini bukan sahaja merancakkan sektor perindustrian, malah berpotensi memberi limpahan kepada sektor pelancongan negeri selaras dengan usaha memperkukuh kempen Tahun Melawat Johor.

“Pembangunan industri automotif ini dijangka meningkatkan imej Johor sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan utama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi townhall (taklimat umum) dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Hari Raya di Taman Nusabayu, di sini semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi mengetuai delegasi kerajaan negeri mengadakan pertemuan dengan GSP Automotive Group Wenzhou Co. Ltd. di China bagi memperkukuh ekonomi negeri.

-RI

Tinggalkan komen anda