Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penduduk Agih Sayur Percuma Bantu Kurang Kos Sara Hidup

By 16 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Municca Kiat/Mohd Asraf Aslan/Robitikson Majingka (Ranau)

RANAU, 16 April (MalaysiaAktif) – Inisiatif amal seorang penduduk tempatan mengagihkan sayur-sayuran secara percuma kepada orang awam mendapat perhatian dan pujian masyarakat setempat.

Jeffridin Johadin, 55, berkata aktiviti tersebut dilaksanakan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup orang ramai yang semakin meningkat.

Sumbangan sayur-sayuran hasil tanaman sendiri itu diagihkan di lokasi tumpuan sekitar daerah ini termasuk Hospital Likas dan Hospital Keningau termasuk di perkarangan Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau.

“Saya lakukan ini dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang bayaran bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang,” katanya yang juga Ketua Kampung Lembah Permai Kundasang ketika ditemui Malaysia Aktif, kelmarin.

Seorang penerima Saiful Adli Rubin, 46, menyifatkan usaha sukarela tersebut wajar dicontohi kerana membantu masyarakat secara langsung.

“Saya amat menghargai pemberian ini dan berharap ia menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk turut sama melakukan kebaikan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda