Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Edar 63,303 Buku Rujukan Tambahan SPM, Perkasakan Sektor Pendidikan

By 7 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Imanina/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 7 April (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak memperuntukkan RM1 juta bagi mengedarkan 63,303 naskhah Buku Rujukan Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).

Menteri Besar Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata edaran tahun ini meningkat berbanding 53,000 naskhah pada tahun lalu, bertujuan membantu calon SPM khususnya kategori berpotensi lulus, menguasai subjek teras dengan lebih berkesan.

“Buat julung kalinya, akses ini diperluaskan kepada pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR),” katanya ketika menyempurnakan program berkenaan di Foyer Pejabat Menteri Besar Perak, di sini semalam.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy Malini Ganeshan berkata modul Cikgu Saarani sangat membantu kerana merangkumi soalan yang mirip peperiksaan sebenar bagi menguji minda pelajar.

Sementara itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy Malini Ganeshan berkata modul Cikgu Saarani sangat membantu kerana merangkumi soalan yang mirip peperiksaan sebenar bagi menguji minda pelajar.

“Ia adalah instrumen penting untuk kami memberikan latihan tambahan yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, pelajar Lim Ming Hin, 17, menyifatkan kandungan buku tersebut sangat sistematik dan memudahkan proses pembelajaran kendiri.

Lim Ming Hin menyifatkan kandungan buku tersebut sangat sistematik dan memudahkan proses pembelajaran kendiri.

Lim turut berharap agar inisiatif itu diteruskan dengan pengisian soalan-soalan peperiksaan percubaan yang lebih signifikan pada masa hadapan.

Keberkesanan program berkenaan terbukti menerusi peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) Perak daripada 4.63 kepada 4.49 bagi keputusan SPM 2025, sekali gus mencerminkan impak positif intervensi pendidikan Yayasan Perak terhadap kecemerlangan modal insan negeri.

-RI

Tinggalkan komen anda