Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Gangguan Bekalan Air: SABERKAS Sumbang 100 Kotak Air Minuman Untuk SK Gran Stumbin

By 2 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

LINGGA, 2 Apr (MalaysiaAktif) – Sebanyak 100 kotak air minuman disumbangkan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Lingga kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin bagi membantu warga pendidik dan pelajar yang berdepan gangguan bekalan air, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 80 kotak diagihkan untuk kegunaan sekolah rendah manakala 20 kotak lagi dikhususkan bagi murid di kelas prasekolah.

Beliau berkata peranan SABERKAS sebagai pertubuhan belia adalah untuk sentiasa peka dan tangkas dalam menghulurkan bantuan sokongan kepada komuniti setempat.

“Akses kepada air minuman yang bersih adalah keperluan asas yang tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi dalam situasi gangguan bekalan air seperti sekarang.

“Kita mahu memastikan anak-anak di SK Gran Stumbin dapat meneruskan sesi pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa,” katanya yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Lingga, di sini hari ini.

Beliau berkata sumbangan tersebut merupakan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan sentiasa terpelihara terutamanya bagi institusi pendidikan yang menghadapi kesulitan utiliti asas.

-RJ-

Tinggalkan komen anda