Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Wayang Pacak Hidupkan Seni Kreatif di Kampung Permatang Pasir

By 26 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwanah Zulkopli (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 26 April (MalaysiaAktif) – Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempergiat usaha mendekatkan industri kreatif dengan masyarakat menerusi program Wayang Pacak yang berlangsung di Kampung Permatang Pasir, di sini kelmarin.

Program yang berkonsepkan tayangan terbuka dan santai ini telah dihadiri oleh kira-kira 230 penduduk setempat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut serta bagi menyokong usaha mendekatkan jurang antara penggiat industri dan rakyat melalui platform hiburan berkualiti.

Beliau berkata inisiatif hasil kerjasama FINAS, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu bertujuan memastikan golongan muda tidak terlepas daripada merasai keunikan budaya menonton secara komunal dalam suasana yang harmoni.

“Penggunaan kenderaan pelbagai fungsi (MFV) iaitu JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) sangat memberi manfaat dan kita akan susun pergerakan JAGO ini supaya program-program seperti ini dapat dibuat di tempat lain,” katanya.

JAGO dilengkapi dengan paparan Diod Pemancar Cahaya (LED), sistem siar raya, peralatan kamera dan multimedia, pentas tambahan serta ruang perbincangan, membolehkan pelaksanaan program komunikasi secara lebih dinamik dan berkesan.

-FN

Tinggalkan komen anda