Skip to main content
Berita TempatanSabah

300 Pokok Ketapang Ditanam, I P.L.A.N.T Tingkatkan Kesedaran Komuniti Lestarikan Alam, Rendah Karbon

By 16 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rosnaniwati Rasidi/Mohd Mahathir Kamal (Kota Belud)

KOTA BELUD, 15 Mei (MalaysiaAktif)– Bagi mengurangkan risiko hakisan pantai dan menyumbang kepada penyerapan karbon, 300 pokok ketapang ditanam di pesisir pantai Kampung Kawa-Kawa, di sini.

Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata usaha berkenaan selaras dengan agenda masyarakat rendah karbon serta hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (2026-2030).

“Program ini merupakan sebahagian inisiatif negeri bagi memperkasa pemeliharaan kawasan hijau, menangani kesan perubahan iklim serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya berkaitan tindakan iklim dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Inisiatif Penghijauan Lestari, Aspirasi Negeri Taman Terindah (I P.L.A.N.T), pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata usaha pemeliharaan alam sekitar perlu dilaksanakan secara kolektif dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk komuniti setempat.

“Kita bukan sahaja menanam pokok, tetapi turut menanam kesedaran, tanggungjawab dan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.

Menurutnya, KKTP turut melaksanakan sesi libat urus bersama 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah sejak 2020 hingga 2024 bagi memperkukuh pelaksanaan program penghijauan secara berkesan di seluruh negeri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda