
Laporan/foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi (Mersing)/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
MERSING, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengemudi sendiri bot laju bagi meninjau persekitaran perairan Mersing, di sini, kelmarin.
Baginda turut menitahkan agar aspek kebersihan pantai diberi perhatian utama selain pemeliharaan ekosistem marin serta kelestarian alam sekitar terus dipelihara.
Terdahulu pada sebelah pagi, Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi dengan menu lontong di Midway Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dusun Panti, Kota Tinggi.
Keberangkatan tiba baginda turut mengejutkan orang ramai yang sedang bersarapan di hentian berkenaan sebelum mereka mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama Seri Paduka Baginda.
-AA-





