Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bengkel GTZ 2026 Pacu Usaha Sifar HIV dan AIDS di SPU

By 15 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman

KEPALA BATAS, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Usaha memperkukuh pencegahan HIV dan AIDS di daerah Seberang Perai Utara (SPU) terus diperkasa menerusi penganjuran Bengkel Tindakan Pelan Strategik Seberang Perai Utara Getting To Zero (GTZ) 2026 yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memperkukuh advokasi, pendidikan kesihatan serta pengurangan stigma dalam kalangan masyarakat.

Bengkel selama tiga hari dua malam yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mei itu menjadi platform strategik yang menggabungkan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin komuniti dalam merangka pendekatan lebih menyeluruh ke arah sifar jangkitan baharu, sifar diskriminasi dan sifar kematian berkaitan AIDS.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah SPU Dr. Izani Uzair, peserta turut didedahkan dengan isu semasa termasuk peningkatan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja serta pengaruh media sosial yang boleh mencetuskan salah faham berkaitan HIV dan AIDS, sekali gus menuntut pendekatan pendidikan dan advokasi yang lebih menyeluruh.

“Komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan aspirasi Getting To Zero terus diperkukuh demi melahirkan masyarakat yang lebih cakna, prihatin dan bebas stigma terhadap HIV dan AIDS.

“Kerjasama erat antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat diharap mampu menjadi pemangkin kepada usaha pencegahan yang lebih menyeluruh serta melahirkan persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan berdaya tahan di daerah Seberang Perai Utara,” katanya.

Sepanjang program, peserta dibimbing oleh moderator dan panel pakar yang terdiri daripada pakar kesihatan keluarga, kaunselor serta pakar penyakit berjangkit dari hospital dan klinik sekitar SPU serta Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Penganjur berharap hasil perbincangan dan resolusi yang dicapai akan menjadi panduan penting dalam memperkukuh pelaksanaan program kesedaran serta intervensi komuniti di peringkat daerah secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.

-AA-

Tinggalkan komen anda