Skip to main content
Berita TempatanSabah

Darren Koh Juara Gusti Lengan Kaamatan Keningau

By 17 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Ainah Liman (Keningau)

KENINGAU, 17 Mei (MalaysiaAktif)– Darren Koh muncul juara Pertandingan Gusti Lengan Sempena Perayaan Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2026.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM200, manakala Andy Gee muncul naib juara dengan hadiah RM150 sementara Edward Jelis di tempat ketiga menerima RM100.

Darren berkata, kemenangan itu amat bermakna selepas hampir setahun menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi pertandingan berkenaan.

“Saya bersyukur kerana segala usaha dan latihan akhirnya membuahkan hasil. Pertandingan ini juga menjadi medan untuk saya menguji kemampuan diri,” katanya ketika ditemui di kawasan lansaran Kompleks Sukan Keningau, pada Sabtu.

Pertandingan anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Keningau dan Persatuan Gusti Lengan Tambadau itu berjaya menghimpunkan 20 peserta tempatan.

Sementara itu, pengadil pertandingan, Jordan Luke berkata kategori terbuka tanpa had berat badan menjadikan saingan lebih mencabar dan menarik perhatian penonton.

“Peserta pelbagai saiz badan bersaing dalam kategori sama dan mencetuskan persaingan sengit sepanjang pertandingan berlangsung,” ujar beliau.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda