Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Dua Buruh Ladang Sawit Positif Dadah Tahan di Mukah

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah

MUKAH, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Tindakan pantas pengawal keselamatan sebuah syarikat perladangan sawit di Mukah berjaya membantu polis menahan dua pekerja lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah awal, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata suspek seorang warga asing berumur 46 tahun dan seorang warga tempatan berusia 21 tahun merupakan buruh ladang sawit syarikat berkenaan.

Menurut Muhamad Rizal, kedua-dua lelaki terbabit ditahan pengawal berkenaan selepas berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-dua suspek berada dalam keadaan khayal semasa ditahan dan disyaki telah mengambil dadah. Mereka positif ujian saringan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau dalam pada itu memuji tindakan proaktif pengawal keselamatan syarikat perladangan terbabit yang bertindak segera menyerahkan suspek kepada polis.

-RJ-

Tinggalkan komen anda