Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KRT Kuala Pertang Kekal Kepimpinan Sedia Ada Bagi Penggal 2026-2029

By 10 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Radzi Yusof (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuala Pertang mengekalkan barisan kepimpinan sedia ada bagi penggal 2026 hingga 2029 menerusi Majlis Pemilihan dan Pelantikan Anggota Jawatankuasa yang berlangsung, di sini, kelmarin.

Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Krai/Gua Musang, Diana Ahmad Mustafa berkata proses pemilihan jawatankuasa merupakan platform penting dalam menentukan kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan amanah demi memastikan kelangsungan perpaduan komuniti.

“Barisan jawatankuasa yang dipilih diharap dapat terus berganding bahu memupuk perpaduan dan menjaga kebajikan penduduk bagi mewujudkan komuniti yang harmoni serta sejahtera,” katanya.

Hasil pemilihan menyaksikan lima jawatan utama dikekalkan tanpa perubahan iaitu Pengerusi, Adnan Mat Yassin; Timbalan Pengerusi, Abdullah Yusof; Setiausaha, Mohd Azhar Azmi; Penolong Setiausaha, Rosmaysham Abd Rahim dan Bendahari, Shahrudin Abdullah bagi penggal pelantikan yang berkuat kuasa mulai 8 Mei 2026 hingga 7 Mei 2029.

Selain itu, seramai 20 ahli jawatankuasa tambahan turut dilantik bagi melengkapkan struktur pentadbiran KRT berkenaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda