Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Muzium Jadi Jambatan Perpaduan Masyarakat

By 18 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 18 Mei (MalaysiAktif) – Muzium memainkan fungsi yang sangat penting sebagai jambatan perpaduan dan penyatuan rakyat pelbagai bangsa dan agama.

“Muzium pada hari ini bukan lagi sekadar tempat menyimpan khazanah, sebaliknya ia memainkan peranan besar sebagai institusi ilmu dan jambatan perpaduan buat masyarakat kita,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Mohd Zafir Ibrahim.

Baliau berkata demikian ketika meyempurnakan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 bertemakan ‘Muzium Menyatukan Dunia Yang Terpisah’ di Muzium Negeri, di sini kelmarin.

Sambutan yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Sembilan menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk Senaman Jom Sihat, Kempen Derma Darah, Heritage Fun Explorace, pameran kenderaan dan Culture Talk yang mengupas mitologi naga dalam budaya tempatan.

Acara kemuncak adalah perasmian Pameran Naga: Imej Dalam Budaya Material di bangunan Teratak Perpatih yang menonjolkan elemen naga dari sudut sejarah dan estetika. Pameran ini berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai 2026.

-RI

Tinggalkan komen anda