Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Nilai Kesukanan, Disiplin Perlu Jadi Asas Pembinaan Karakter Pelajar Kemahiran

By 15 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorul Arizah binti Md.Razani (Rembau)

REMBAU, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Penerapan nilai kesukanan dan disiplin tinggi harus dijadikan asas pembinaan karakter terutamanya dalam kalangan pelajar institusi kemahiran, kata Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata penganjuran sukan berprestij seperti Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-38 bukan sahaja menjadi platform penting bagi pembangunan bakat dalam kalangan pelajar TVET, malah turut berperanan membentuk sahsiah belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

“Usaha ini adalah selaras dengan inisiatif Rakan Aktif di bawah program Rakan Muda yang bertujuan melahirkan modal insan belia yang seimbang dari sudut kecergasan fizikal dan mental.

“Saya amat berbangga dengan komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para atlet sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kejohanan tersebut di Dewan Utama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, semalam.

Sementara itu, pihak pengurusan IKTBN Chembong selaku tuan rumah menyifatkan kejohanan tahunan ini sebagai medan terbaik untuk memperkukuh jalinan perpaduan serta semangat setiakawan antara penuntut daripada pelbagai rangkaian institusi seluruh tanah air.

Program dari 11 hingga semalam itu menghimpunkan 1,134 pelajar ILKBS dari seluruh negara dengan mempertandingkan tujuh acara sukan utama iaitu bola sepak, bola tampar, bola baling, sepak takraw, badminton, go-kart dan tenpin boling.

-FN

Tinggalkan komen anda